'Apa sebenarnya yang sedang berlaku' - Radzi Jidin persoal kes pelajar maut di sekolah

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 9:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Apa sebenarnya yang sedang berlaku' - Radzi Jidin persoal kes pelajar maut di sekolah
Irene Sofiya ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.
Image from: 'Apa sebenarnya yang sedang berlaku' - Radzi Jidin persoal kes pelajar maut di sekolah
Irene Sofiya ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melahirkan rasa sedih susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat yang ditemukan dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.

Beliau berkata, kejadian berkenaan menimbulkan persoalan mengenai perkara yang sedang berlaku khususnya membabitkan keselamatan pelajar di sekolah.

“Sangat menyedihkan menerima berita seorang pelajar Tingkatan Empat yang hadir ke sebuah sekolah di Yong Peng untuk mengikuti kelas tuisyen, ditemui dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia.

"Apa sebenarnya yang sedang berlaku kebelakangan ini,” katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

**media[3666981]**

Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Menurut sumber, mangsa tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya, warga emas itu bergegas ke sekolah untuk mencari cucunya sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lemah.

Radzi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

“Takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberikan kekuatan menghadapi saat yang amat berat ini dan semoga keadilan buat mangsa dapat ditegakkan,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved