APM tambah baik aspek keselamatan aktiviti kendali haiwan berbisa

LocalHealth & Fitness
24 Aug 2026 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: APM tambah baik aspek keselamatan aktiviti kendali haiwan berbisa
APM turut menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Muazam Shah.

KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menilai semula aspek keselamatan dan pengurusan risiko pelaksanaan aktiviti pengendalian haiwan berbisa susulan kematian seorang anggotanya dipatuk ular tedung selar dalam program di Temerloh Kuantan Pahang pada Sabtu.

APM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kebajikan anggota sentiasa diberi keutamaan.

"Walaupun aktiviti pengendalian haiwan berbisa berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur tetap operasi (PTO) serta tatacara keselamatan ditetapkan, APM mengambil serius setiap insiden yang berlaku.

“APM sentiasa terbuka untuk menilai serta menambah baik aspek keselamatan, pengurusan risiko dan pelaksanaan aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa,” jelas APM.

Dalam kejadian tersebut, anggota APM, Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia di pada jam 1.50 pagi Ahad ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Allahyarham merupakan anggota APM yang terlatih dan berkemahiran berdasarkan bidang kepakarannya selain mempunyai pengalaman berkhidmat bersama agensi itu sejak 2010.

'Tiga kali Allahyarham Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - Kakak

APM menjelaskan, semua anggota diwajibkan untuk menghadiri latihan berkaitan sebelum dibenarkan untuk menyertai operasi.

"Selain itu, anggota yang terlibat juga telah menjalankan tugasan berdasarkan prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan," katanya.

APM turut menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Muazam Shah.

“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada APM dan negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved