Apple Memperluaskan Penawaran Aplikasi Apple Sports Untuk Pengguna Malaysia

20 May 2026 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Memperluaskan Penawaran Aplikasi Apple Sports Untuk Pengguna Malaysia

Apple sebelum ini telah menawarkan aplikasi khusus menyasarkan peminat sukan, dinamakan Apple Sports. Setelah diperkenalkan sekitar lebih 2 tahun lepas, kini akhirnya penawaran aplikasi berkenaan diperluaskan untuk pengguna di Malaysia.

Image from: Apple Memperluaskan Penawaran Aplikasi Apple Sports Untuk Pengguna Malaysia

Pengenalan aplikasi ini dilihat selari dengan Piala Dunia FIFA yang akan menjelang tiba, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah pada aplikasi berkenaan. Pengguna turut boleh memilih untuk mengikuti perkembangan sesuatu pasukan dengan mudah melaluinya, serta menerima pelbagai notifikasi berkaitan perkembangan sesuatu pasukan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Apple Sports hari ini, dan menggunakannya dalam mengikuti pelbagai perkembangan sukan dengan mudah.