Asyraf Wajdi saman RM5 juta pemilik akaun fitnah isu Tabung Haji

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Asyraf Wajdi saman RM5 juta pemilik akaun fitnah isu Tabung Haji
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan Notis Tuntutan (LOD) bagi memulakan saman sebanyak RM5 juta kepada pemilik-pemilik akaun berhubung hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan berkaitan isu Tabung Haji.

Asyraf Wajdi berkata, bermula petang ini, secara berperingkat LOD akan mula disediakan dan diserahkan kepada pemilik-pemilik akaun berkenaan.

"Mereka memfitnah dan sengaja mahu memburukkan dan menjatuhkan reputasi saya dengan mengaitkan dengan pelbagai isu Tabung Haji.

"Ia berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar," katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Tambah Asyraf Wajdi, sebagaimana saman-saman terdahulu, beliau bertekad untuk menyalurkan setiap sen wang yang diterima dan ditentukan oleh mahkamah kelak ke Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menfaat pelajar-pelajar miskin, yatim dan susah.

"Bukan wang yang saya cari, tapi insya- ALLAH, ALLAH akan tunjukkan kebenaran di muka pengadilan," jelasnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved