Atlet Hyrox Joanna Wietrzyk Mohon Maaf Selepas Tular Insiden Cirit Birit Ketika Perlumbaan

18 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada awal minggu ini, kecoh di media sosial insiden seorang atlet wanita, Joanna Wietrzyk yang membuang air besar dalam acara Ulike HYROX Beijing.

Menerusi video tular, Joaanna yang merupakan pemegang rekod dunia dilihat tetap meneruskan dan menamatkan perlumbaannya dalam keadaan najis yang sedang mengalir ketika pertandingan berlangsung.

Tindakan Joanna itu nyata mengundang kecaman dan kritikan apatah lagi ia memberi kesan kepada atlet lain khususnya dari segi risiko kesihatan dan pencemaran peralatan.

Namun, Hyrox kemudiannya memohon maaf kepada semua yang terjejas secara langsung atau tidak langsung berhubung insiden terbabit.

Joanna Wietrzyk Mohon Maaf Isu Cirit Birit Ketika Pertandingan, Berada Dalam Keadaan Sihat

Terbaharu, atlet yang berusia 24 tahun itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang terkesan susulan kontroversi berkenaan.

Jelas Joanna, dia berada dalam keadaan sihat dan cergas sewaktu memulakan perlumbaan dan tidak menjangka akan mengalami masalah kesihatan.

“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang tulus kepada rakyat China, rakan-rakan pesaing saya, penonton dan penganjur Hyrox atas apa yang berlaku ketika perlumbaan di Beijing.

“Apabila melihat kembali kejadian itu, saya kesal kerana tidak keluar daripada trek. Saya sedar bahawa saya sepatutnya membuat keputusan yang berbeza.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan untuk meneruskan perlumbaan dan amat kesal atas rasa tidak selesa serta gangguan yang saya timbulkan,” tulisnya.

Joanna Pilih Tarik Diri, Turut Lepaskan Mata Perlumbaan

Malah, Joanna dalam hantaran sama memutuskan untuk menarik diri dan melepaskan mata perlumbaan yang diperolehinya.

“Saya belajar daripada pengalaman ini, termasuk mengingati bahawa kehidupan ini lebih daripada sekadar perlumbaan serta mengetahui bila masa yang tepat untuk berundur.

“Selepas membuat pertimbangan semula, saya memutuskan untuk menarik diri daripada perlumbaan itu secara retrospektif dan melepaskan mata yang saya peroleh,” tulisnya.

Pada masa sama, Joanna turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.

“Ia sangat bermakna buat saya, lebih daripada yang mampu saya ungkapkan ketika ini. Saya akan mengambil sedikit masa untuk pulih, berfikir sejenak dan menjaga diri serta keluarga saya, jauh daripada segala kebisingan,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Joanna Wietrzyk (@joannawietrzyk)

Pengasas Hyrox Sebelum Ini Mohon Maaf, Turut Ubah Peraturan Pertandingan

Ekoran kontroversi yang melanda, pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste sebelum ini turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Malah, mereka turut mengambil tindakan dengan mengubah peraturan dan melaksanakan prosedur baharu dari mengelakkan perkara sebegitu berlaku sekali lagi.

Puma Secara Senyap Padam Koleksi Pakaian Kolaborasi Bersama Joanna

Bukan itu sahaja, jenama sukan terkenal, Puma juga didakwa secara senyap telah memadam koleksi kolaborasi “Joanna Wietrzyk x Puma” di laman rasmi ekoran kejadian terbabit.

Koleksi tersebut menampilkan pakaian sukan dan kasut prestasi (perfomance footwear) yang direka khas untuk Joanna.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pemadaman koleksi berkenaan hanyalah tindakan sementara susulan kontroversi cirit birit atau memberikan perubahan yang lebih besar untuk masa akan datang.

Namun semakan kami di Instagram Joanna mendapati dia masih menyebut akaun Pumatraining pada bio miliknya.

Image from: Atlet Hyrox Joanna Wietrzyk Mohon Maaf Selepas Tular Insiden Cirit Birit Ketika Perlumbaan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jadi Individu Pertama Di Dunia Sertai Pertandingan Hyrox Pakai Baju Silat Siap Tanjak & Samping [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Mengalami Cirit Birit

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved