Awaludin dilantik Speaker DUN, Kamarol Ridzuan timbalan

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 12:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Awaludin dilantik Speaker DUN, Kamarol Ridzuan timbalan

SEREMBAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said 65, dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan atau ‘Speaker’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas Negeri Sembilan, hari ini.

Pelantikan itu setelah Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mencalonkan Awaludin untuk jawatan tersebut dan disokong oleh ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Hanya seorang sahaja pencalonan (nama) dicadangkan pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN, Negeri Sembilan Ke-16 tersebut.

Awaludin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau pernah berkhidmat sebagai Speaker DUN Negeri Sembilan dari Jun 2013 hingga April 2018. Beliau juga merupakan mantan Ahli DUN Kota selama empat penggal dari tahun 2004 hingga 2023.

Sementara itu, ADUN Paroi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Mohd Zain 59, dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN. Pelantikan itu setelah Ismail mencalonkan Kamarol Ridzuan untuk jawatan tersebut dan disokong oleh ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Yang Dipertua DUN, Dr. Awaludin juga tidak menerima sebarang pencalonan (nama) lain untuk jawatan tersebut sebelum memasyurkan.

Terdahulu, kesemua ADUN kecuali ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan menyempurnakan upacara mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah Ahli-Ahli DUN di hadapan Yang Dipertua DUN. – KOSMO! ONLINE

The post Awaludin dilantik Speaker DUN, Kamarol Ridzuan timbalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved