Badang muda Kedah lakar kejutan

17 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Badang muda Kedah lakar kejutan

KAJANG: Atlet angkat berat Kedah, Alif Abdul Musawwir Mohd Nor melakar kejutan apabila meraih pingat emas pada penampilan pertamanya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA).

Arif, yang bakal berusia 16 tahun Oktober ini, muncul juara kategori bawah 65 kilogram (kg) lelaki yang baharu diperkenalkan di SUKMA Selangor 2026 selepas melakukan angkatan 111kg dalam snatch dan 155kg dalam clean and jerk untuk jumlah keseluruhan 266kg.

Atlet pilihan dari Terengganu, Ahmad Wazif Zafran Zaki Yamani terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi angkatan keseluruhan 265kg (116kg, 149kg), manakala gangsa menjadi milik atlet Perlis, Mubin Dzulkarnain dengan jumlah 243kg (110kg, 133kg).

Menurut Alif, kejayaan mengangkat 266kg ada sejarah buat dirinya kerana itu merupakan kali pertama dia berjaya melakar angka berkenaan sejak berkecimpung dalam sukan angkat berat.

Lebih menarik, kejayaan itu hadir hasil didikan bapanya, Mohd Nor Osman yang juga bekas atlet kebangsaan dan kini jurulatih pasukan Kedah.

Arif mengakui pengorbanan menjalani latihan dua kali sehari sehingga terpaksa melupakan masa bersama rakan-rakan hampir membuatkan dirinya menitiskan air mata selepas berjaya mencapai impian di pentas SUKMA.-UTUSAN

The post Badang muda Kedah lakar kejutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved