Sukma 2026: Aisyah lakar sejarah buat Perlis

17 Aug 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Aisyah lakar sejarah buat Perlis

PETALING JAYA – Atlet boling Perlis, Nurul Aisyah Salleh melakar sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara boling buat kontinjen Singa Utara dalam acara perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2026, sebentar tadi.

Pada aksi di Sunway Megalanes itu, Aisyah menjatuhkan keseluruhan 1,344 pin untuk memenangi emas pertama dalam temasya sukan berprestij tempatan itu.

Aisyah yang konsisten sepanjang saingan menewaskan pencabar terdekat, Adania Mohd Redzwan dari Selangor yang mengumpul 1,306 pin untuk meraih pingat perak.

Rakan senegeri, Aisyah, Nur Alya Qaisara pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengumpul 1,287 pin.

Lebih menarik, kemenangan atlet berusia 18 tahun itu hadir selepas membuat keputusan untuk menyertai kontinjen Perlis selepas mewakili Johor pada Sukma edisi 2022 dan 2024 yang lepas. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Aisyah lakar sejarah buat Perlis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved