Bahan produksi RM355,000 hilang, tiga pekerja kilang ditahan

8 Sep 2026 • 11:24 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bahan produksi RM355,000 hilang, tiga pekerja kilang ditahan

IPOH: Tiga pekerja kilang pengeluaran komponen komputer ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian 68 gulung bahan produksi bernilai RM355,000 di Kawasan Perindustrian Pulai Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pihak kilang semalam.

Katanya, tangkapan membabitkan pekerja syarikat terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 35 tahun.

“Polis turut mengesan seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati individu yang masih dikesan itu juga merupakan pekerja syarikat tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek yang ditahan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman.

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti jumlah sebenar kehilangan, nilai kerugian serta peranan setiap individu yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

The post Bahan produksi RM355,000 hilang, tiga pekerja kilang ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved