Bakal pangku portfolio Menteri Pengangkutan? Steven Sim serah pada PM dan Loke

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 11:17 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong memilih untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya di kementerian itu ketika spekulasi mengenai kemungkinan beliau memangku portfolio Menteri Pengangkutan semakin hangat.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Steven Sim berkata, fokusnya ketika ini adalah memastikan agenda KUSKOP, terutama membabitkan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi, dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Fokus saya sekarang ialah kerja-kerja di KUSKOP khususnya menjayakan sektor PMKS dan koperasi dalam Belanjawan 2027,” katanya.
Image from: Bakal pangku portfolio Menteri Pengangkutan? Steven Sim serah pada PM dan Loke

Foto arkib: The Star

Beliau berkata, persediaan menghadapi Belanjawan 2027 kini menjadi antara tumpuan utama, termasuk usaha KUSKOP untuk mendapatkan peruntukan lebih besar bagi memperkukuh sektor PMKS.

“Wishlist KUSKOP ialah dana yang lebih besar untuk PMKS Malaysia, kos perniagaan yang lebih rendah dan kecekapan kerajaan yang lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau mengambil alih sementara portfolio Menteri Pengangkutan susulan spekulasi mengenai peletakan jawatan Anthony Loke, Steven berkata perkara berkenaan bukan dalam bidang keputusannya.

“Perkara-perkara lain, biar PMX dan Setiausaha Agung yang buat keputusan,” jelas Steven sim.

Spekulasi itu timbul susulan laporan bahawa Loke dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada minggu kedua Oktober.

Sebelum ini, Malaysia Gazette dimaklumkan oleh sumber tertinggi bahawa Steven Sim berkemungkinan memangku portfolio berkenaan buat sementara waktu sementara menunggu calon yang sesuai untuk menerajui Kementerian Pengangkutan.

Sumber: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved