Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

5 Oct 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.

Beri Hadiah Sempena Pencapaian

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Riena menzahirkan rasa terharu apabila Keith menghadiahkannya sebuah iPhone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 20 September lalu.

Menurut Keith, telefon tersebut diberikan kepada aktres berusia 27 tahun itu sempena pencapaiannya dalam teater dan hos sebuah rancangan anugerah berprestij yang berlangsung baru-baru ini.

“Ini untuk dua pencapaian awak...

“Ini untuk dua pencapaian awak, teater dan hos dalam Anugerah Bintang Popular (ABP),” ujarnya.
 


 

Sekadar info, Riena Diana sebelum ini mengakui mahu mendirikan rumah tangga bersama Keith Foo namun masih lagi belum menetapkan tarikh bagi hari perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok