Banjir: Dua PPS dibuka di Raub

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 9:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir: Dua PPS dibuka di Raub

KUANTAN, 18 OKT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Raub bagi menempatkan mangsa terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan, semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, setakat 12.16 tengah malam tadi, sebanyak 26 mangsa daripada 11 keluarga telah dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Baru Cheroh dan Balai Raya Sempam Baru yang dibuka sejak 7.30 malam.

"Daripada jumlah itu, lapan rumah terjejas di Kampung Cheroh, manakala tiga lagi di Kampung Sempam Baru,” menurut kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, APM Daerah Raub turut bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat, memasang kubikel serta menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mangsa.

Operasi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved