Banjir: Mangsa Di Kedah Meningkat Kepada 192 Orang

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 11:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Banjir: Mangsa Di Kedah Meningkat Kepada 192 Orang

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 192 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 176 orang daripada 66 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan semua mangsa dari Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di daerah Yan ditempatkan di tiga PPS.

Seramai 91 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi, manakala 36 mangsa daripada 17 keluarga berada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng.

Dewan Lestari Guar Chempedak pula menempatkan 65 mangsa daripada 22 keluarga.

Di Perlis, Dewan Batu 5 di Kangar masih dibuka sebagai pusat transit bagi menempatkan 16 mangsa banjir daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Telok itu kekal seperti petang semalam, dengan kawasan kediaman penduduk masih mengalami banjir “termenung”.

Terdahulu, Bernama melaporkan Mohd Izaimi berkata dewan itu dibuka pada 1.50 pagi Isnin lepas, namun belum ada PPS yang dibuka secara rasmi.

Beliau berkata APM Perlis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan PPS akan dibuka secara rasmi sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved