Banjir Nepal: PM arah percepat usaha kesan rakyat Malaysia

28 Aug 2026 • 4:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Nepal: PM arah percepat usaha kesan rakyat Malaysia

SHAH ALAM, 28 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha mengesan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir besar dan tanah runtuh di Nepal dipercepatkan.

Beliau berkata kerajaan telah menerima senarai terkini rakyat Malaysia, namun masih terdapat beberapa kes membabitkan keselamatan dan kemungkinan kehilangan nyawa yang belum dapat disahkan.

“Kita telah menerima senarai terakhir dan memang terdapat beberapa puluh rakyat Malaysia yang sempat datang. Jelas kehilangan nyawa, ataupun masih belum dapat disahkan.

“Jadi kita minta tolong kawan semua hubungi. Kita ada ramai di luar negara dan tadi saya dapat daripada beberapa negara berhubung keadaan mereka,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Image from: Banjir Nepal: PM arah percepat usaha kesan rakyat Malaysia
Sebuah helikopter yang membawa mangsa diselamatkan dari kawasan dilanda banjir mendarat di Maithali Barrack, sebuah pusat latihan tentera yang menjadi pangkalan utama bagi operasi membawa keluar mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di Trishuli, Nuwakot, Nepal, pada 27 Ogos 2026. Foto REUTERS

Bercakap kepada pemberita di Butterworth hari ini, Anwar berkata kerajaan turut menyelaras maklumat daripada beberapa negara termasuk India, China dan Bangladesh bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai rakyat Malaysia di kawasan terjejas.

Katanya, semua maklumat berkenaan akan diteliti bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia, termasuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka mengalami kecederaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sembilan peserta trekking termasuk dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta seorang ejen tempatan di Nepal dilaporkan masih belum dapat dihubungi.

Banjir besar dan tanah runtuh berlaku di kawasan sempadan Nepal-China sejak Rabu, termasuk menjejaskan lintasan sempadan Pelabuhan Gyirong di Daerah Gyirong, China.

Sementara itu, JBPM bersedia menggerakkan Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) ke Nepal pada bila-bila masa, termasuk dengan notis singkat, sekiranya menerima arahan kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved