Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

30 Jul 2026 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bapa tidak menyangka rutin harian anaknya menghantar cucu ke sekolah dan membantu isteri mencari rezeki berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak maut dalam kemalangan di Jalan Batu 17, Hulu Langat, kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, bapa kepada Allahyarham Hafifi Rahman, 34, Rahmat Topani, 65, berkata, nahas itu meragut nyawa anaknya, menantu Nik Aishah Asilan Nik Mohd Zamzuri, 32, serta cucunya Muhammad Rafie Hanzal, 3, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Image from: Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

Rahmat berkata, sebelum kejadian, Hafifi terlebih dahulu menghantar dua anak lelakinya yang berusia lapan dan 10 tahun ke sekolah sebelum mengambil isterinya untuk berniaga nasi kukus di sebuah stesen minyak Petronas di Nanding, Hulu Langat.

“Sebelum kemalangan arwah sempat menghantar dua anak lelakinya berusia lapan dan 10 tahun ke sekolah.

“Dia kemudian mengambil isterinya untuk berniaga nasi kukus di Petronas Nanding, Hulu Langat.

“Saya hanya dapat tahu kejadian berkenaan selepas diberitahu oleh rakan sebelum bergegas ke lokasi kemalangan bersama isteri. Malangnya semua mereka sudah tidak bernyawa,” katanya.

Rahmat berkata, jenazah Hafifi, isterinya dan anak mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawa Batu 18, Hulu Langat pada malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.56 pagi kelmarin, motosikal dinaiki tiga beranak itu dirempuh sebuah SUV jenis Perodua Aruz.

Image from: Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

Siasatan awal mendapati pemandu SUV berkenaan memandu di bawah pengaruh dadah dan hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Image from: Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

Image from: Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

The post Bapa Reda Tiga Beranak Maut Nahas Dirempuh Pemandu Positif Bahan Terlarang appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved