Batik Air buka laluan penerbangan terus Batam-Pulau Pinang mulai Oktober

28 Aug 2026 • 10:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Batik Air buka laluan penerbangan terus Batam-Pulau Pinang mulai Oktober

GEORGE TOWN : Syarikat penerbangan Batik Air dijangka membuka laluan penerbangan terus berjadual yang pertama antara Batam di Indonesia dan Pulau Pinang bermula Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, penerbangan sulung laluan berkenaan dijadual tiba di Pulau Pinang pada 18 Oktober 2026 manakala tempahan tiket kini telah dibuka menerusi laman sesawang rasmi Batik Air.

“Dengan pembukaan laluan baharu ini, hubungan antara Pulau Pinang dan Indonesia akan menjadi semakin erat sekali gus membuka ruangan baharu kepada Pulau Pinang untuk memperluas pasaran di Indonesia selain memperkukuh kerjasama pelancongan serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Hon Wai, laluan pergi balik itu akan beroperasi sebanyak tiga kali seminggu dan ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Batam, malah, membolehkan Pulau Pinang meneroka pasaran lebih luas di Kepulauan Riau menerusi Batam sebagai pintu masuk serantau.

Sementara itu, beliau berkata, Indonesia sememangnya merupakan antara pasaran antarabangsa penting bagi Pulau Pinang dengan jumlah pelancong dari negara itu secara konsisten berada di tempat pertama dalam kalangan pasaran pelancongan antarabangsa negeri ketika ini.

“Bagi tempoh antara Januari hingga Julai tahun ini, seramai 201,657 pelancong Indonesia telah memasuki Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, meningkat 4.58 peratus berbanding 192,823 orang bagi tempoh sama tahun lalu.

“Justeru, dengan adanya laluan baharu itu, ia turut mempunyai potensi besar untuk menyokong sektor pelancongan perubatan Pulau Pinang memandangkan negeri ini mempunyai kemudahan kesihatan lengkap dan ekosistem pelancongan perubatan yang matang,” katanya.-UTUSAN

The post Batik Air buka laluan penerbangan terus Batam-Pulau Pinang mulai Oktober appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved