'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

15 Oct 2026 • 9:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

PAKAIAN batik yang digayakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim baru-baru ini mencetuskan perdebatan di media sosial apabila perkongsiannya dibanjiri komen yang dipercayai melibatkan netizen Indonesia.

Isu tersebut mendorong pemilik nama sebenar Rizal Ibrahim itu tampil memberikan penjelasan menerusi Threads, khususnya mengenai asal tempahan pakaian yang dipakainya.

Menurutnya, batik berkenaan dihasilkan menerusi tempahan khas daripada pereka fesyen Malaysia, bukannya dibeli dari Indonesia seperti yang mungkin disangka sesetengah pihak.

Image from: 'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

“Ini Batik Malaysia, tempahan khas dari Designer Malaysia, bukan beli di Indonesia harap maklum,” tulisnya.

Ryzal turut menjelaskan bahawa perkongsiannya itu bukan bertujuan mendakwa batik yang digayakannya berasal dari Malaysia.

Sebaliknya, dia mahu menunjukkan bahawa batik tempatan juga mempunyai keindahan tersendiri menerusi corak dan hasil seni yang mencerminkan identiti negara.

“Saya tak pernah tegaskan batik ini asal atau dari Malaysia, saya hanya bangga batik buatan Malaysia pun cantik.

“Semua tahu Batik asal Indonesia, tapi Malaysia juga ada corak Batik tersendiri,” jelas suami kepada Pempengaruh Media Sosial, Maryam Younarae.

Image from: 'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

Bagaimanapun, perdebatan yang berlarutan di ruangan komen mengundang reaksi kurang senang Ryzal. Dia meluahkan kekecewaan terhadap komen segelintir pengguna media sosial yang disifatkannya keterlaluan.

Malah, Ryzal membidas individu terbabit dengan mengaitkan komen berkenaan dengan tahap pemikiran mereka, meskipun mengakui kekagumannya terhadap sejarah Indonesia.

Image from: 'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

“Wahai warga Indonesia, saya kagum dengan sejarah kalian namun melihat jijiknya pemikiran dalam ruangan komen, kalian berjaya buktikan pada dunia IQ kamu sungguh rendah,” katanya.

Bukan kali pertama berdepan situasi sedemikian, Ryzal sebelum ini turut meluahkan rasa terkejut apabila foto percutian keluarganya ke Jakarta menjadi bahan perdebatan di ruangan komen yang dipercayai melibatkan netizen Indonesia.

Image from: 'Batik buatan Malaysia pun cantik' – Ryzal Ibrahim tampil perjelas isu selepas perkongsian cetus perdebatan

Ketika itu, dia menjelaskan bahawa dirinya tidak mengetahui mengenai isu yang dikaitkan dengan hubungan Malaysia dan Indonesia, termasuk perkara berkaitan bola sepak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved