Batu Kawan, TMK Chemical lanjutkan lagi rundingan pengambilalihan CCM hingga 19 September 2026

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 9:13 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Batu Kawan, TMK Chemical lanjutkan lagi rundingan pengambilalihan CCM hingga 19 September 2026 Image from: Batu Kawan, TMK Chemical lanjutkan lagi rundingan pengambilalihan CCM hingga 19 September 2026 liza14/09/2026 - 09:13 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Sept – Batu Kawan Berhad dan TMK Chemical Berhad bersetuju melanjutkan lagi tempoh rundingan eksklusif bagi cadangan pengambilalihan Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) bernilai RM920 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Batu Kawan berkata kedua-dua pihak masih dalam perbincangan dan bersetuju melanjutkan tempoh rundingan eksklusif sehingga 19 September 2026.

 

Sebelum ini, kedua-dua syarikat telah mengadakan rundingan secara eksklusif untuk tempoh awal dua bulan sehingga 12 Ogos 2026 berdasarkan surat hasrat (LOI).

 

Tempoh berkenaan kemudian dilanjutkan selama sebulan sehingga 12 September 2026 sebelum kedua-dua pihak sekali lagi bersetuju memberikan lanjutan sehingga 19 September 2026.

 

Pada 12 Jun lalu, TMK Chemical merancang untuk mengambil alih anak syarikat milik penuh Batu Kawan, CCM pada nilai RM920 juta menerusi gabungan bayaran tunai dan saham.

 

ARTIKEL BERKAITAN: TMK Chemical rancang pengambilalihan 100% CCM dalam urus niaga RM920 juta

 

Rundingan Masih Berjalan

Tempoh rundingan eksklusif merujuk kepada tempoh yang dipersetujui secara sah untuk penjual berunding dengan pembeli berhubung sesuatu cadangan urus niaga tanpa berunding dengan pihak lain.

 

Cadangan pengambilalihan itu dikategorikan sebagai transaksi pihak berkaitan kerana pemegang saham terbesar TMK Chemical, Datuk Lee Soon Hian dengan pegangan 39.504% adalah adik lelaki bongsu Pengerusi Batu Kawan, Tan Sri Lee Oi Hian.

 

Sebahagian daripada bayaran pengambilalihan itu akan dibuat melalui penerbitan saham baharu TMK Chemical pada harga RM1.9098 sesaham, berdasarkan harga purata wajaran mengikut jumlah dagangan bagi tempoh lima hari sehingga akhir Mei.

 

Urus niaga itu juga akan menyaksikan Batu Kawan muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam TMK Chemical dengan kepentingan sekurang-kurangnya 20%.

 

Batu Kawan sebelum ini membeli 56.32% kepentingan dalam CCM daripada Permodalan Nasional Berhad pada harga RM292.8 juta sebelum mengambil syarikat itu sebagai syarikat persendirian pada 2021.

 

CCM menghasilkan bahan kimia organik dan bukan organik, termasuk produk klor-alkali, terbitan sulfur, bahan kimia khusus serta salutan polimer. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved