Exsim raih subkontrak kerja bangunan RM42.48 juta daripada Taghill

Business & FinanceProperty
14 Sep 2026 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Exsim raih subkontrak kerja bangunan RM42.48 juta daripada Taghill Image from: Exsim raih subkontrak kerja bangunan RM42.48 juta daripada Taghill hamden14/09/2026 - 18:10 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Sept - Exsim Hospitality Berhad (EHB) menerusi anak syarikat milik penuh, Exsim Concepto Sdn. Bhd. menerima surat pelantikan daripada Taghill Projects Sdn. Bhd. bagi melaksanakan kerja perkhidmatan bangunan dan kerja-kerja bangunan am bernilai RM42.48 juta.

 

EHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, surat pelantikan bertarikh 1 September 2026 itu diterima oleh Exsim Concepto pada 14 September 2026.

 

Kontrak berkenaan meliputi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan perkhidmatan bangunan serta kerja-kerja bangunan am yang dikategorikan sebagai Kerja Subkontrak Dinamakan.

 

Nilai subkontrak tersebut adalah RM42.48 juta, manakala kerja berkenaan bermula pada 15 September 2026 dan dijadualkan siap pada 15 September 2028, membabitkan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan.

 

Kesemua kerja hendaklah disiapkan mengikut program kerja yang diluluskan oleh kontraktor.

 

Tempoh liabiliti kecacatan pula ditetapkan selama 27 bulan kalendar dari tarikh Sijil Siap Praktikal.

 

Menurut EHB, penerimaan surat pelantikan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan nisbah keberhutangan syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan kerja berkenaan.

 

EHB tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa selain risiko operasi biasa berkaitan surat pelantikan dan kerja subkontrak tersebut.

 

Bagaimanapun, syarikat berkata ia akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko berkenaan apabila berlaku. 

 

Penerimaan surat pelantikan itu juga tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham EHB atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved