Bedah siasat jenazah 3 anggota polis selesai

8 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bedah siasat jenazah 3 anggota polis selesai

Kota Kinabalu: Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di luar Balai Polis Weston, Beaufort, petang Khamis dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 2.55 petang tadi untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Proses bedah siasat yang bermula 8.30 pagi selesai pada 12 tengah hari sebelum diteruskan dengan urusan dokumentasi.

Jasad Koperal Chiu Teck Siong akan dibawa ke Lapangan Terbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini sebelum diterbangkan ke Sarawak.

Jenazah Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee pula akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini untuk disolatkan selepas Maghrib.

Selesai solat jenazah, kedua-dua jenazah akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum diterbangkan ke Kelantan dan Terengganu menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh menzahirkan penghargaan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta HQE yang banyak membantu melancarkan urusan pengurusan jenazah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin kawasan Klias dan Lumadan Datuk Isnin Aliasnih serta Datuk Ruslan Muharam selain Persatuan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Sabah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

“Sumbangan ikhlas daripada warga PDRM Sabah turut disampaikan kepada waris ketiga-tiga anggota terbabit sebagai tanda solidariti dan penghargaan atas pengorbanan mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved