Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh Wan Omar meninggal dunia

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh Wan Omar meninggal dunia
Allahyarham Wan Omar meninggal dunia pada Sabtu kerana sakit tua.

KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Wan Omar Wan Majid meninggal dunia di rumahnya di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 3.25 pagi tadi kerana sakit tua.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Raja Dagang, Pasir Puteh kira-kira 11 pagi tadi," katanya.

Wan Marzudi berkata, arwah ayahnya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak selama dua penggal dari 1974 hingga 1982.

"Arwah juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Puteh dari 1986 hingga 1995 atas tiket UMNO dan Semangat 46," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved