Saravanan tiba di mahkamah disambut laungan penyokong

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 8:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Saravanan tiba di mahkamah disambut laungan penyokong
Ketibaan Ahli Parlimen Tapah tersebut diiringi beberapa pegawai SPRM sebelum disambut dengan laungan para penyokongnya.

KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini disambut dengan laungan puluhan penyokongnya pada Jumaat.

Saravanan sebelum itu tiba menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira jam 8.24 pagi.

Ketibaan Ahli Parlimen Tapah tersebut diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum disambut dengan laungan para penyokongnya.

Media sebelum ini melaporkan Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Beliau mendakwa akan menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik Covid-19 pada 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved