Saravanan tak mengaku terima rasuah hampir RM1.1 juta

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saravanan tak mengaku terima rasuah hampir RM1.1 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah hampir RM1.1 juta, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah didakwa menerima wang berjumlah RM1,097,000 daripada pengarah syarikat Vectica Resources Sdn. Bhd., Tan Teck Lim melalui seorang lelaki bernama Syed Amirul Syed Ahmad.

Wang tersebut adalah sebagai dorongan dan upah memberikan kelulusan terhadap permohonan bagi 1,000 kuota pekerja asing untuk syarikat TYKB Engineering Sdn. Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 16 Jun dan 7 Julai 2022 di beberapa lokasi termasuk sebuah bank di Taman Desa di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. –UTUSAN

The post Saravanan tak mengaku terima rasuah hampir RM1.1 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved