Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta yang didakwa berlaku empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Tapah berusia 58 tahun itu meminta untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Tidak mengaku, minta dibicara,” katanya ketika berdiri di dalam kandang tertuduh.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, Timbalan Presiden MIC itu didakwa secara rasuah menerima wang tunai masing-masing berjumlah RM150,000, RM350,000 dan RM597,000.
Wang berkenaan didakwa diterima daripada Pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, 65, melalui Syed Amirul Syed Ahmad, 38.
Jika sabit kesalahan, Saravanan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, manakala Saravanan diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent.
Turut hadir mengikuti prosiding tersebut ialah Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran serta isteri Saravanan, Datin Seri Kavitha Vivekanandan. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siapakah Bekas Menteri Bakal Didakwa Kes Rasuah Esok?
The post M Saravanan Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Pertuduhan Terima Suapan RM1.097 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





