
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seseorang yang terkenal menceburi dunia politik bukanlah sesuatu perkara yang pelik lagi pada masa kini.
Kebiasaannya golongan sebegini mula aktif di dalam politik selepas bersara daripada bidang yang diceburi sebelum ini.
Seperti di Malaysia, ada sahaja penyanyi, pelakon, pelawak serta bekas pemain bola sepak yang menyertai politik.
Baca Artikel Berkaitan: Enggan Umum Manifesto PRN, Baddrol Bakhtiar Tak Mahu Bagi Harapan [Video]
Mesut Ozil ‘terjun’ dunia politik
Terbaharu, bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil juga menceburi dunia politik selepeas bersara daripada arena bola sepak.
Memetik Berita Harian, pemain kelahiran Jerman itu kini menjadi ahli majlis bagi parti pemerintah Turkiye, Parti AKP selepas mesyuarat kongres di Ankara.
Pemain tengah (midfielder) itu menjadi salah seorang daripada 39 lantikan baharu yang akan menyertai badan pembuat keputusan iaitu Lembaga Eksekutif dan Keputusan Central (MKYK).
Ozil penyokong kuat kepada Presiden Turkiye
Ozil yang menamatkan kariernya bersama Istanbul Basaksehir pada 2023 sememangnya menjadi penyokong kuat kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Bahkan sokongan kuat Ozil terhadap Erdogan menyebabkan segelintir pihak di Jerman kurang menggemarinya.
Ini boleh dilihat selepas tular foto bekas tonggak skuad kebangsaan Jerman itu bergambar bersama Erdogan menyebabkan dia menerima email kebencian, panggilan ugutan dan penderaan media sosial.
Apa yang berlaku menyebabkan dia akhirnya mengumumkan persaraan dari aksi bola sepak antarabangsa pada 2018.
Sebelum ini pada kongres terbabit, puluhan ribu ahli berhimpun yang menyaksikan Erdogan dilantik semula sebagai pemimpin AKP buat kali kesembilan.
Kongres terbabit juga dihadiri 31 wakil daripada 16 parti politik merentasi 13 negara, termasuk 62 duta dan 34 wakil misi.
Di dalam dunia politik, Ozil bakal memainkan peranan baharu dalam politik Turkiye di bawah kepimpinan Erdogan.
Sekadar info, sewaktu kegemilangannya Ozil di arena bola sepak, beliau pernah dinobat sebagai antara salah satu perancang tengah terbaik dunia.
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Elaun Driver” – Altimet Dedah Gaji Bersih ADUN Di Selangor Cecah RM16,000 [Video]
Source:


![“Ini Baru Betul Sambut Ramadan & Syawal” – Dekorasi Raya IOI City Mall Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)
![“Sakit Perut Tak Bang?” – Lelaki Malaysia Santai Review Makanan ‘Street Food’ Di India Curi Tumpuan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![Tular Warga Emas Sambut Birthday Seorang Diri, Ini Sebenarnya Yang Berlaku [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)