Bekas COO Tabung Haji Didakwa Terima Kos Ubah Suai Rumah Lebih RM302,000

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 12:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berdepan tiga pertuduhan membabitkan kos pengubahsuaian tiga rumah bernilai keseluruhan lebih RM302,000.

Adi Azuan, 56, mengaku tidak bersalah dan memilih untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Didakwa terima kos ubah suai

Tall white high-rise with curved vertical windows labeled Tun Razak in Kuala Lumpur, flanked by palm trees under a blue sky.

Beliau didakwa menerima kos pengubahsuaian tiga rumah masing-masing bernilai RM235,866.58, RM50,698.74 dan RM15,933.95 daripada Pengarah AG Reka Sdn Bhd, Thamsulazri Ismail.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 7 Mac 2017 ketika beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi TH.

Tidak mengaku salah, Yang Arif.- Katanya.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bekas COO Tabung Haji dibenarkan jaminan RM50,000

mahkamah

Pihak pendakwaan sebelum itu menawarkan jaminan RM70,000, manakala peguam tertuduh memohon jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM30,000.

Mahkamah akhirnya menetapkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin, selain mengarahkan Adi Azuan melapor diri di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya setiap tiga bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.

Kes akan disebut semula pada 25 November. Adi Azuan sebelum ini turut dinamakan sebagai antara lima pegawai kanan TH dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan TH.

The post Bekas COO Tabung Haji Didakwa Terima Kos Ubah Suai Rumah Lebih RM302,000 appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved