Bekas Peserta Raja Lawak Dipenjara 10 Hari Gagal Bayar Mutaah Dan Hutang Dalam Perkahwinan

LocalEntertainment
11 Aug 2026 • 5:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian seorang peguam syarie di Threads mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan seorang bekas peserta Raja Lawak telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 hari oleh mahkamah.

Menurut perkongsian peguam berkenaan, hukuman itu dibuat selepas individu tersebut didakwa gagal melaksanakan perintah mahkamah membabitkan bayaran RM108,200 berkaitan mut’ah dan hutang dalam perkahwinan.

Peguam sahkan bekas peserta Raja Lawak dipenjara

Difahamkan, perkongsian tersebut dibuat selepas urusan komital berhubung kes berkenaan selesai di mahkamah.

Berdasarkan perkongsian itu, hukuman penjara selama 10 hari tersebut bukan bermaksud jumlah hutang berkenaan dianggap selesai.

raja lawak

Sebaliknya, individu terbabit tetap perlu melunaskan bayaran RM108,200 selepas menjalani hukuman yang diputuskan mahkamah.

Perkongsian tersebut kemudian menerima perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya membincangkan soal tanggungjawab selepas perceraian dan kepentingan mematuhi perintah mahkamah.

Dalam masa sama, peguam syarie itu turut berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak.

The post Bekas Peserta Raja Lawak Dipenjara 10 Hari Gagal Bayar Mutaah Dan Hutang Dalam Perkahwinan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved