Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai, penalti berjumlah RM193,306

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai, penalti berjumlah RM193,306

GEORGE TOWN: Dua pengarah syarikat pembuatan roda kastor atau besi troli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM193,306, antara 2024 hingga 2025 yang lalu.

Lim Hooi Cheng, 54, dan Karen Lo, 40, selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan selepas ia dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut kesemua pertuduhan, kedua-duanya selaku orang kena cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, didapati gagal membayar cukai bagi tempoh bercukai bermula Januari 2024 hingga Disember 2025 sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Prai, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 26(9) Akta Cukai Jualan 2018 kerana melanggar Seksyen 26(5) akta sama kerana gagal membuat bayaran cukai jualan mengikut tempoh masa yang ditetapkan melibatkan tujuh tempoh bercukai dengan tunggakan keseluruhan cukai jualan dan penalti sebanyak RM193,306.28.

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM iaitu Mohamad Syafiq Abdul Aziz manakala Karen diwakili peguam P.Ghandi, dan seorang lagi OKS iaitu Hooi Cheng tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam bagi Hooi Cheng. – UTUSAN

The post Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai, penalti berjumlah RM193,306 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved