Bekas Peserta Raja Lawak Dipenjara 10 Hari, Gagal Laksana Perintah Muta’ah Hampir RM108K

LocalEntertainment
11 Aug 2026 • 4:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bekas peserta Raja Lawak dilaporkan dijatuhi hukuman penjara 10 hari selepas gagal melaksanakan perintah mahkamah berkaitan bayaran berjumlah RM108,200.

Dalam hantaran media sosial yang dimuat naik seorang individu dipercayai berkhidmat dalam bidang peguam, jumlah tersebut difahamkan melibatkan mut’ah serta hutang dalam perkahwinan yang sebelum ini telah diperintahkan oleh mahkamah.

Advertisement

bekas peseta

Keputusan itu menyaksikan individu berkenaan dipenjarakan serta-merta selepas prosiding komital selesai.

“Alhamdulillah, bab komital dah selesai.”

Dalam perkongsian mengenai keputusan tersebut, turut ditegaskan bahawa hukuman penjara berkenaan tidak bermaksud jumlah RM108,200 itu dianggap selesai.

Sebaliknya, selepas tamat menjalani hukuman, bayaran yang diperintahkan mahkamah masih perlu diselesaikan.

“Paling penting kita kena faham. Keluar penjara nanti, hutang tu tetap kena selesaikan juga.”

Perkara tersebut diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak agar setiap perintah yang telah ditetapkan oleh mahkamah dipatuhi.

“Semoga jadi pengajaran untuk kita semua. Dan semoga ada jalan mudah untuk dia. Aamiin.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trendign yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah Macwilson2026-08-11 16:01:09

Zahirah MacWilson Tampil Berhijab Ketika Bercuti Di Bali, Ramai Doakan Kekal Istiqamah

The post Bekas Peserta Raja Lawak Dipenjara 10 Hari, Gagal Laksana Perintah Muta’ah Hampir RM108K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved