Prosiding komital Nubhan, bekas isteri tangguh Januar depan

LocalEntertainment
10 Aug 2026 • 2:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Prosiding komital Nubhan, bekas isteri tangguh Januar depan

SHAH ALAM: Prosiding komital antaranya penyanyi, Nubhan dan bekas isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, yang berlangsung pagi tadi ditangguhkan susulan pemohon yang didakwa gagal menyempurnakan prosedur yang diperlukan.

Peguam mewakili Dr. Afifah (defendan), Nor Hazura Hamzah memaklumkan, prosiding yang sepatutnya berlangsung hari ini membabitkan sesi soal balas terhadap anak guamnya oleh peguam pihak pemohon.

Namun kata Nor Hazura, prosiding pagi tadi ditangguhkan susulan pemohon tidak menyempurnakan beberapa prosedur yang sepatutnya dilakukan.

“Sepatutnya hari ini adalah untuk siasatan ataupun perbicaraan, termasuk sesi soal balas Dr Fie oleh peguam pihak pemohon, iaitu peguam Nubhan.

“Akan tetapi, pihak plaintif belum menyempurnakan prosedur yang sepatutnya dibuat, oleh itu perbicaraan hari ini tidak dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, petang tadi.

Katanya, susulan itu mahkamah menetapkan dua tarikh baharu bagi meneruskan prosiding berkenaan, iaitu 19 dan 27 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, perkara berkenaan membabitkan prosedur perlu dipatuhi bagi memastikan prosiding dapat dijalankan dengan sempurna dan sebarang keputusan yang dibuat tidak terjejas pada peringkat seterusnya.

“Hal ini berkaitan dengan prosedur. Kalau kita teruskan, prosedur itu akan menjadi cacat.

“Mungkin jika diteruskan, ada rayuan atau semakan. Jadi, apa-apa keputusan tidak boleh diputuskan dengan sempurna,” katanya lagi.

Ditanya sama ada penangguhan itu mungkin berpunca daripada tindakan pihak pemohon yang sengaja melengahkan prosiding, Nor Hazura memaklumkan, beliau tidak mahu membuat sebarang telahan mengenainya.

“Tidak pasti sama ada sengaja melambatkan atau tidak. Ini kes mereka (Nubhan), mereka adalah pemohon dan kami responden.

“Sepatutnya, kalau mereka sudah menyempurnakan prosedur itu lebih awal, hari ini perbicaraan memang boleh dijalankan.

“Tetapi mereka belum menyempurnakan perkara yang sepatutnya dibuat, jadi hari ini memang perlu ditangguhkan,” katanya.

Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan komital terhadap bekas isteri atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.

Nubhan dan Afifah sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember tahun lalu. Mereka berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.- UTUSAN

The post Prosiding komital Nubhan, bekas isteri tangguh Januar depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved