
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2027 secara rasminya, sekaligus mengumumkan SARA MADANI 2027. Melaluinya, kerajaan akan berikan RM100 sebanyak dua kali pada tahun 2027, iaitu sekali sebelum Aidilfitri dan sekali sempena 70 tahun Merdeka.

SARA MADANI 2027 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Proses penebusannya dijangka dilaksanakan seperti pada hari ini, iaitu melalui dompet digital, dan digunakan di sejumlah lokasi terpilih seluruh negara, sekaligus mengurangkan beban rakyat.
Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.






