Beli RM2,000, jual semula dapat RM18,000

Business & FinancePersonal Finance
12 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Beli RM2,000, jual semula dapat RM18,000

GUA MUSANG – Seorang wa­nita tidak menyangka gelang emas yang dibeli 20 tahun lalu dengan harga kira-kira RM2,000 kini memberi pulangan lumayan apabila berjaya dijual pada harga hampir RM18,000.

Hasnah Deraman, 54, berkata, keputusan menyimpan emas dibuat sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang selain memastikan wang yang dimiliki tidak dibelanjakan begitu sahaja.

Katanya, nilai emas yang semakin meningkat memberikan keuntungan hampir RM16,000 berbanding harga ketika dibeli.

“Saya membeli seutas rantai emas gajah licin dengan harga sekitar RM2,000 dan berat 35 gram kira-kira 20 tahun lalu. Ketika itu harga semasa emas tidak sampai RM100 untuk segram.

“Ketika saya menjual gelang itu semalam (kelmarin), harga semasa emas adalah RM549 segram. Tidak sangka apabila dijual sekarang, nilainya mence­cah RM17,900.

“Bagi saya, ini antara kelebihan menyimpan emas kerana nilainya boleh meningkat dalam tempoh yang lama,” katanya kepada Kosmo!.

Hasnah memberitahu, pe­ngalaman itu membuktikan simpanan emas boleh menjadi salah satu pilihan kepada mereka yang mahu membina simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Katanya, dia turut menasihatkan wanita supaya membuat simpanan emas mengikut kemampuan masing-masing walaupun dalam jumlah kecil.

“Amalan menyimpan emas menjadi satu bentuk pelaburan untuk kegunaan ketika waktu kecemasan atau sukar pada masa hadapan.

“Tidak perlu tunggu mempunyai banyak wang sebaliknya mulakan dengan kemampuan yang ada dan jadikan sebagai simpanan jangka panjang berbanding menyimpan wang tunai,” katanya.

The post Beli RM2,000, jual semula dapat RM18,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved