Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan, majlis serba putih di Merdeka 118

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 1:41 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan, majlis serba putih di Merdeka 118

KUALA LUMPUR – Selepas berbulan-bulan menjadi tanda tanya, pasangan popular Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mendedahkan tarikh yang bakal mengubah status hubungan mereka.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu itu memilih 10 Oktober 2026 sebagai tarikh pernikahan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka bersama dua anak Bella, Ayden dan Ara.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Lebih istimewa, majlis akad nikah pasangan itu bakal berlangsung di Merdeka 118, manakala majlis persandingan pula dirancang di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.

Syed Saddiq berkata, pemilihan Oktober bukan sekadar soal tarikh, sebaliknya menjadi simbol kepada permulaan kehidupan baharu buat mereka sekeluarga.

“Pada malam ini saya dengan Bella Astillah ingin membuat pengumuman, moga mendapat restu dan dirahmati Allah SWT.

“Mungkin nak kahwin lagi awal, tapi ini paling awal kita buat persediaan. Bulan 10, bulan memulakan hidup baru bagi kita berdua termasuk Ayden dan Ara.

“Lagi istimewa adalah nikah pada 10 Oktober dan sanding di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan sama,” katanya ketika muncul dalam program MeleTOP.

Dalam perkembangan sama, Syed Saddiq memaklumkan majlis akad nikah mereka akan mengangkat tema putih dengan sentuhan Arab-Islamik, selain memenuhi permintaan kedua-dua ibu bapanya.

Image from: Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan, majlis serba putih di Merdeka 118

Katanya, peluang mengadakan akad nikah di Merdeka 118 juga menjadikan detik berkenaan lebih bermakna kerana ia bakal menjadi pengalaman istimewa buat mereka.

“Saya juga turut ucapkan terima kasih kepada Merdeka 118 kerana bagi nikah di tempat istimewa.

“Ini akan jadi yang pertama kali. Kami akan berada di tingkat 118 untuk proses nikah kami berdua,” ujarnya.

Pengumuman itu sekali gus meleraikan teka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka selepas Syed Saddiq sebelum ini mengesahkan tarikh sudah dipersetujui kedua-dua keluarga, namun masih belum boleh diumumkan kepada umum bagi menghormati keluarga terdekat.

Perancangan perkahwinan pasangan yang sering digelar BASS itu turut mendapat lampu hijau daripada keluarga Syed Saddiq selepas beliau menerima restu ibu bapanya pada Julai lalu.

Bella, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden dan Ara.

Sementara itu, Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas ahli politik berkenaan melamar Bella ketika mereka berada di Gunung Kinabalu.

Dengan tarikh 10 Oktober kini rasmi, pasangan itu dijangka menutup fasa pertunangan tidak lama lagi sebelum memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

The post Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depan, majlis serba putih di Merdeka 118 appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved