Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri, Mas Kahwin Dan Hantaran Jadi Perhatian!

10 Oct 2026 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan, Bella Astillah dan Syed Saddiq, yang akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menurut laporan Kosmo, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Menara Merdeka 118. Mereka dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mas kahwin RM500, hantaran 7 dulang

Menerusi majlis berkenaan, Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500 kepada Bella.

Pihak pengantin lelaki turut menyediakan tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Hantaran nikah Syed Saddiq kepada Bella bertemakan ‘Growing Old Together’ atau menua bersama jadi perhatian ramai.

  • Insurans PruBSN kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal kepada Bella, Ayden dan Ara.
  • Emas dan cincin sebagai bentuk pelaburan emas di masa depan.
  • Pendidikan Bella akan datang di Taylors University.
  • Simpanan KWSP RM100,000.
  • Gym keluarga
  • Basikal
  • Pakej umrah bersama kasut dan beg tangan

Majlis yang bertemakan Arab dan putih itu dihadiri kira-kira 300 tetamu, termasuk ahli keluarga serta teman rapat pasangan berkenaan.

Antara tetamu ternama yang hadir ialah Khairy Jamaluddin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Syed Saddiq dan Bella Astillah bertunang Mac lepas

Image from: Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri, Mas Kahwin Dan Hantaran Jadi Perhatian!

Terdahulu, Syed Saddiq pernah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada ibu bapanya.

Pasangan ini kemudian mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu, sebelum akhirnya selamat melangkah ke alam perkahwinan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved