NAK TURUN F1 SEPANG HUJUNG MINGGU INI?
INI “SURVIVAL KIT” YANG PATUT ADA DALAM BAG.
Sepang bukan sekadar kena survive bunyi F1.
Anda mungkin kena hadap panas 33–34°C, kelembapan tinggi, hujan mengejut dan kemungkinan jerebu, semuanya dalam satu hari.
Jadi jangan datang dengan phone dan tiket sahaja.
1. MASK N95 / KN95
Kalau jerebu masih ada atau anda sensitif kepada asap, simpan sekurang-kurangnya satu mask yang betul dalam beg.
Surgical mask membantu untuk titisan, tetapi N95/KN95 lebih sesuai untuk mengurangkan pendedahan kepada partikel halus PM2.5.
Terutama kalau anda ada asthma atau penyakit pernafasan.
2. SUNSCREEN SPF 30–50
Jangan tertipu kalau langit mendung.
UV masih boleh tinggi walaupun matahari tak nampak terik.
Pilih sunscreen jenis krim/lotion supaya mudah dibawa dan sapu semula selepas berpeluh.
3. CAP / BUCKET HAT + SUNGLASSES
Untuk hillstand dan kawasan terbuka, teduhan mungkin terhad.
Kurangkan direct sun exposure terutama sekitar tengah hari hingga petang.
4. PONCHO / RAINCOAT NIPIS
Ini Sepang.
Panas terik pukul 1 petang tidak bermaksud pukul 3 petang tak boleh hujan lebat.
Poncho lebih praktikal dalam crowd berbanding payung besar.
Simpan sekali zip-lock bag untuk phone, wallet dan power bank.
5. EARPLUGS
F1 memang sedap didengar.
Tapi bunyi kuat berpanjangan bukan perkara kecil untuk telinga.
Lagi penting kalau bawa kanak-kanak.
6. POWER BANK + CABLE
Anda mungkin berada di circuit berjam-jam.
Ticket, camera, WhatsApp, maps, e-hailing — semuanya makan bateri.
7. COOLING TOWEL / SAPU TANGAN KECIL
Basahkan bila perlu dan letakkan pada leher.
Simple, tetapi sangat membantu bila lama berada dalam cuaca panas dan lembap.
8. UBAT PERIBADI
Inhaler, antihistamine atau ubat rutin, jangan tinggal dalam kereta.
Bawa secukupnya dalam beg bersama maklumat ubat jika perlu.
⸻
SATU LAGI: JANGAN TUNGGU DAHAGA.
Beli air sebaik masuk dan minum secara berkala.
Kalau mula rasa pening, loya, sakit kepala, terlalu lemah, kekejangan atau rasa nak pitam, jangan paksa diri tengok race.
Cari tempat teduh, sejukkan badan, minum dan dapatkan bantuan First Aid jika keadaan tidak pulih.
⸻
DAN JANGAN MASUKKAN BENDA INI DALAM BAG
Antara barang yang disenaraikan dalam syarat kemasukan F1 termasuk:
Selfie stick
Drone
Walkie-talkie / radio scanner
Laser device
Air horn, vuvuzela atau whistle
Fireworks / flare
Senjata atau barang tajam
Basikal, skateboard atau scooter
Makanan dan minuman dari luar, botol, tin dan bekas kaca juga tidak dibenarkan melainkan terdapat kebenaran khusus dalam peraturan venue.
Jadi jangan assume sesuatu barang pernah lepas masuk event Sepang sebelum ini bermaksud ia pasti dibenarkan untuk F1 kali ini.
Pack light. Dress light. Protect your lungs, skin, ears and hydration.
Datang untuk tengok F1.
Bukan untuk berakhir di medical tent sebelum formation lap bermula.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






