Jangan serang Uqasha, anak kami – Kamal Adli

Entertainment
3 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan serang Uqasha, anak kami – Kamal Adli

KUALA LUMPUR – “Saya tahu saya tidak layak untuk berkata apa-apa, tetapi saya sangat berharap agar isu membabitkan drama Madu Atau Racun tidak dibawa sehingga menyerang Uqasha dan membabitkan anak kami, Hawra.

Demikian luahan pelakon Kamal Adli menerusi satu hantaran dalam Threads yang meminta orang ramai supaya tidak keterlaluan dalam meluahkan pandangan berhubung kontroversi yang tercetus membabitkan drama lakonan bekas isterinya itu.

Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dia memahami sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara berkaitan drama tersebut, namun tindakan menyerang kehidupan peribadi Uqasha sehingga mengheret nama anaknya, Hawra Uqaira, 2, dianggap sudah melampaui batas.

“Pasal isu drama Madu atau Racun itu, saya harap sangat korang jangan serang Uqasha sampai melibatkan nama anak saya, Hawra dan benda-benda lain.

“Saya tidak sokong, tetapi janganlah sampai libatkan hal peribadi dan rezeki Uqasha. Terima kasih rakyat. Sayang rakyat comel,” tulisnya.

Terdahulu drama Madu Atau Racun lakonan Uqasha Senrose, Elisya Sandha dan Aliff Aziz dikecam netizen gara-gara jalan ceritanya yang memaparkan hubungan sejenis.

Drama terbitan MIG tersebut turut mendapat perhatian kerajaan dan satu pertemuan bagi membincangkam isu yang hangat diperkatakan itu dilakukan semalam.

Susulan itu, pihak penerbit dan penyiar iaitu iQIYI mengambil pendekatan untuk menurunkan kesemua enam episod yang sudah ditayangkan buat sementara waktu. KOSMO! ONLINE.

The post Jangan serang Uqasha, anak kami – Kamal Adli appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved