Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie mempersoalkan keperluan untuk dirinya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti diminta bekas suaminya sebagai syarat bagi menyelesaikan prosiding komital yang difailkan terhadapnya.
Menurut Dr Fie, 36, dia sudah beberapa kali memohon maaf secara peribadi selepas mereka bercerai dan tertanya-tanya mengapa perkara sama perlu dilakukan sekali lagi secara terbuka.
Advertisement
“Bukan tiada keperluan, saya boleh nak minta maaf tapi raya saya dah minta maaf, hari jadi pun saya dah minta maaf. Jadi dia nak permintaan maaf macam mana lagi? Adakah secara terbuka dan atas dasar apa?
“Kalau saya minta maaf, orang boleh buat spekulasi macam-macam seolah-olah saya yang salah.
“Saya dah banyak kali minta maaf selepas bercerai. ‘Maafkan saya, maafkan saya’. Berapa banyak kali saya nak minta maaf?” katanya.
Dr Fie berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Tiada perbincangan peribadi dengan Nubhan
Mengulas kemungkinan kemelut mereka dapat diselesaikan di luar mahkamah, Dr Fie berkata setakat ini tiada perbincangan secara peribadi berlangsung antara dirinya dan Nubhan.
Menurutnya, segala urusan antara mereka kini dilakukan melalui staf atau peguam masing-masing.
“Kami hanya berhubung melalui staf atau peguam.
“Setakat ini pun tiada (perbincangan antara peguam) yang memaklumkan kalau saya minta maaf, kes ini boleh diselesaikan di luar,” ujarnya.
Rayu Nubhan berlembut hati
Dalam pada itu, Dr Fie berharap Nubhan dapat membuka hati dan memberinya ruang untuk meneruskan kehidupan masing-masing demi kebaikan semua pihak, khususnya tiga cahaya mata mereka.
“Saya harap dan minta doa orang ramai untuk dia berlembut hati dengan saya. Biar saya teruskan kehidupan. Dia pun boleh meneruskan kehidupan. Saya pun tak nak ganggu dia.
“Saya tak boleh nak membolak-balikkan hati dia. Hanya Allah yang boleh membolak-balikkan hati dia. Saya harap dan rayu kepada semua orang di luar sana, jangan trigger dia. Lembutkanlah hati dia untuk saya.
“Kalau ini berlanjutan sampai Januari atau apa-apa, kasihanlah dekat anak-anak.”
Dr Fie turut berkata dia perlu menjaga emosi dan perasaannya agar dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik.
“Saya pun kena jaga hati dan perasaan saya supaya bila ibu mempunyai mental yang baik dan positif, barulah kita boleh melayan anak-anak dengan baik dan positif,” kongsinya.
Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya pada Mei lalu selepas mendakwa Dr Fie melanggar tiga perintah mahkamah.
Sebelum ini, Nubhan turut menyatakan kes tersebut boleh diselesaikan sekiranya Dr Fie membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut terma undang-undang yang dipersetujui.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kalau Tak Salah Kenapa Takut? Dalam Kubur Ada 5 Soalan Saja" - Peguam Nubhan Tegaskan 120 Soalan Buat Dr Fie Tawfek Prosedur Biasa
The post “Berapa Banyak Kali Saya Nak Minta Maaf?” – Dr Fie Persoal Kemahuan Nubhan, Merayu Diberi Peluang Teruskan Hidup Aman Damai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






