Doakan semoga Allah melembutkan hatinya – Dr. Fie

10 Aug 2026 • 3:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Doakan semoga Allah melembutkan hatinya – Dr. Fie

SHAH ALAM: “Berapa kali nak minta maaf.”

Demikian kata Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang mempersoalkan keperluan untuk memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta bekas suaminya sebagai syarat bagi menyelesaikan prosiding kes komital yang difailkan terhadapnya.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berkata, dia telah berulang kali memohon maaf secara peribadi susulan perceraian mereka justeru dan tidak melihat keperluan untuk mengulangi perkara sama.

“Saya boleh minta maaf, bahkan Hari Raya Aidilfitri lepas saya dah minta maaf, begitu juga hari jadi dia pun saya dah minta maaf. Jadi dia nak permintaan maaf macam mana lagi? Adakah secara terbuka  dan atas dasar apa?

“Jika saya berulang kali memohon maaf, apa pula kata orang,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital yang difailkan Nubhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor hari ini.

Sementara itu Dr. Fie memaklumkan tiada perbincangan luar mahkamah dilakukan kedua pihak.

“Kami hanya berhubung melalui staf atau peguam. Setakat ini tiada perbincangan antara peguam, kes ini boleh diselesaikan di luar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Fie berharap bekas suaminya itu lembut hati untuk memaafkan selain memberi ruang untuk dia meneruskan bersama anak-anaknya.

“Saya harap orang ramai mendoakan agar dia lembut hati dengan saya. Beri ruang untuk saya teruskan kehidupan. Saya pun tak nak ganggu dia.

“Saya tak boleh membolak-balikkan hati dia. Hanya Allah berkuasa melembutkan hatinya. Saya harap dan rayu kepada semua orang di luar sana, jangan trigger dia. Lembutkanlah hati dia untuk saya.

“Saya pun kena jaga hati dan perasaan saya supaya bila ibu mempunyai mental yang baik dan positif, barulah kita boleh melayan anak-anak dengan baik dan positif,” kongsinya

Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, sekitar Mei lepas mendakwa berlaku tiga pelanggaran terhadap perintah mahkamah membabitkan kenyataan yang dibuat di media sosial oleh bekas isterinya.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fiee mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.

The post Doakan semoga Allah melembutkan hatinya – Dr. Fie appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved