Peguam yang mewakili penyanyi Nubhan, Mohd Redzuan Ramli menegaskan sebanyak 120 soalan yang bakal dikemukakan kepada bekas isteri anak guamnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie bukan bertujuan untuk menjerat atau menakutkan wanita berkenaan.
Sebaliknya, Redzuan menjelaskan jumlah soalan tersebut merupakan sebahagian daripada proses soal balas dalam prosiding komital membabitkan Nubhan dan bekas isterinya.
Advertisement
Menurutnya, setiap soalan yang bakal dikemukakan perlu mempunyai kaitan dan relevan dengan kes yang sedang berlangsung.
“120 soalan yang ingin dikemukakan itu sebenarnya prosedur biasa. Tetapi pihak sana tidak bersedia, jadi defendan minta ditangguhkan dan meminta agar pihak kami menyediakan soalan terlebih dahulu sebelum prosiding akan datang.
“Bagi saya, soalan itu kena relevan dengan kes. Kita tidak boleh tanya sebarang soalan, ia mesti berkaitan dengan kes.
“Setakat ini 120 itu mungkin akan pecah lagi kepada 120 lagi jika dapat idea soalan baharu,” katanya kepada mStar.
Redzuan berkata demikian selepas prosiding kedua kes komital yang difailkan Nubhan terhadap Dr Afifah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
“Kalau dia tak salah, kenapa dia perlu takut?”
Dalam pada itu, Redzuan turut menolak tanggapan bahawa jumlah soalan yang banyak itu bertujuan memberikan tekanan atau menakutkan Dr Afifah selaku responden.
Malah, dia secara sinis mempersoalkan mengapa seseorang perlu berasa takut sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan.
View this post on Instagram
“Kalau dia tak salah, kenapa dia perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun. Dalam kubur pun ada lima soalan saja,” katanya.
Menurut Redzuan, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa seseorang tidak seharusnya berasa takut sekiranya berada di pihak yang benar.
“Kita pegang pada peraturan biasa… berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau dia benar, kenapa dia perlu takut?” katanya lagi.
Penangguhan hingga Januari 2027 beri risiko?
Mengulas mengenai penangguhan prosiding sehingga Januari 2027, Redzuan berpandangan perkara tersebut sedikit sebanyak turut memberikan risiko kepada pihak Dr Afifah.
Katanya, pihaknya pada asalnya mahu prosiding diteruskan bagi mengelakkan kes berkenaan berpanjangan.
“Pada saya apabila ditangguhkan, risiko pada sebelah dia juga. Bermula hari ini sampai 19 Januari nanti, setiap malam dia akan mengalami nightmare.
“Sebab itu kita nak teruskan sahaja hari ini, setakat mana mahkamah benarkan supaya kes tidak berpanjangan,” ujarnya.
Sebelum ini, prosiding komital antara Nubhan dan Dr Afifah terpaksa ditangguhkan selepas pihak pemohon dikatakan masih belum menyempurnakan prosedur yang diperlukan.
Peguam mewakili Dr Afifah, Nor Hazura Hamzah berkata, prosiding pada asalnya sepatutnya diteruskan dengan sesi soal balas terhadap anak guamnya oleh peguam Nubhan.
Bagaimanapun, prosiding tersebut ditangguhkan kepada dua tarikh baharu bagi membolehkan prosedur berkaitan disempurnakan terlebih dahulu.
Nubhan fail prosiding komital terhadap bekas isteri
Pada Mei lalu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Afifah melanggar tiga perintah mahkamah.
Difahamkan, kedua-dua pihak sebelum ini mempunyai perjanjian yang kemudiannya disahkan sebagai perintah mahkamah, termasuk berkaitan larangan mendedahkan perkara tertentu di media sosial yang boleh memburukkan mana-mana pihak.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'Hair Stylist' Dedah Sikap Sebenar Pelakon Aiman Hakim Ridza - "Awal Rasa Macam 'Kerek' Juga Tapi.."
The post “Kalau Tak Salah Kenapa Takut? Dalam Kubur Ada 5 Soalan Saja” – Peguam Nubhan Tegaskan 120 Soalan Buat Dr Fie Tawfek Prosedur Biasa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






