Bersatu jangan keluar PN

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 9:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu jangan keluar PN

PETALING JAYA : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dinasihat tidak meninggalkan Perikatan Nasional (PN) kerana tindakan itu dikhuatiri menyebabkan parti berkenaan kehilangan pengaruh dalam landskap politik negara.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, ketika ini, parti itu berdepan tiga pilihan, namun langkah terbaik adalah terus kekal dalam PN dan berusaha mendapatkan semula pengaruh dalam gabungan berkenaan.

“Bersatu sebenarnya ‘hidup segan, mati tak mahu’. Jika keluar daripada PN, Bersatu mungkin berdepan nasib sama seperti Parti Berjasa dan Parti Pejuang, iaitu kekal wujud tetapi tidak mempunyai pengaruh yang besar.

“Bersatu ada tiga pilihan. Pertama, bubarkan Bersatu dan serahkan kepada pihak yang berminat. Kedua, tubuhkan gabungan baharu dengan mencari rakan komponen yang mempunyai pengaruh.

“Ketiga, terus kekal dalam PN dan mencari jalan untuk menguasai semula gabungan itu,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook.

Mohd Puad berkata, daripada ketiga-tiga pilihan tersebut, Bersatu wajar memilih untuk terus berada dalam PN kerana gabungan itu masih mempunyai asas sokongan politik yang boleh dimanfaatkan.

“Biar rakyat melihat sendiri bagaimana cara Pas berkawan dalam politik. Pada masa sama, diharapkan UMNO sedar keadaan sebenar dan tidak terlalu yakin dengan kedudukannya sendiri.

“Bersatu perlu bijak membaca keadaan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan yang boleh menjejaskan kelangsungan serta masa depan parti,” katanya.

Mengulas cadangan supaya Bersatu dibubarkan atau ditukar nama, beliau mengambil contoh Parti Cinta Malaysia (PCM) yang didakwa telah melalui proses perubahan sebelum dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Bersatu masih mempunyai pilihan untuk memperkukuhkan kedudukannya dengan kekal dalam PN dan berusaha mendapatkan semula pengaruh dalam gabungan berkenaan.-UTUSAN

The post Bersatu jangan keluar PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved