“Berseri, Di Tangan Lelaki Yang Tepat” – Bekas Isteri Nubhan, Dr Fie Selamat Bernikah Dengan Kapten Amrul Anuar

1 Nov 2026 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Fie Tawfek dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihan hari ini.

View this post on Instagram

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram oleh pelakon Lufya Omar yang turut disertakan ucapan tahniah dan doa buat pasangan berkenaan.

Hantaran tersebut turut memuatkan doa agar perkahwinan mereka diberkati Allah serta dihimpunkan dalam kebaikan.

Bekas Isteri Nubhan Selamat Bernikah Kali Kedia

Menurut perkongsian berkenaan, pasangan itu sebenarnya sudah diperkenalkan kepada individu tersebut sejak Ramadan tahun lalu.

Malah, ketika pertama kali diperkenalkan, sudah kelihatan keserasian dan aura hubungan yang semakin berbunga antara mereka.

View this post on Instagram

Advertisement

“Pertama kali kenalkan mereka berdua adalah pada Ramadan tahun lepas. Ketika itu dah nampak chemistry & aura mereka yang berbunga-bunga.”

Perkongsian itu turut disusuli doa agar jodoh pasangan berkenaan dipanjangkan serta perkahwinan mereka sentiasa berada dalam keberkatan.

“Ya Allah berkatilah perkahwinan mereka dan jadikanlah mereka pasangan yang bertakwa. Aamin”

Peminat dan pengikut Dr Fie di media sosial turut tampil mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dua mempelai hingga ke syurga.

Penyanyi Nubhan Ahamad mendirikan rumah tangga bersama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie pada 29 Ogos 2015.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata sebelum melalui fasa perceraian pertama pada Januari 2017. Bagaimanapun, mereka kembali rujuk beberapa hari kemudian.

Namun, selepas beberapa tahun bersama, Nubhan dan Dr Fie sekali lagi berdepan keretakan rumah tangga apabila Nubhan melafazkan talak kali kedua pada 26 Ogos 2025.

Perceraian tersebut kemudiannya disahkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025.

Setakat perkongsian tersebut, pasangan berkenaan kini secara rasmi telah melangkah ke fasa baharu sebagai suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Berseri, Di Tangan Lelaki Yang Tepat” – Bekas Isteri Nubhan, Dr Fie Selamat Bernikah Dengan Kapten Amrul Anuar2026-10-30 18:38:48

"Tak Semua Orang Sanggup Nak Gali Segala Benda.." - Diana Danielle Dedah Ramai Pilih 'Tiada Persefahaman' Sebagai Alasan Bercerai

The post “Berseri, Di Tangan Lelaki Yang Tepat” – Bekas Isteri Nubhan, Dr Fie Selamat Bernikah Dengan Kapten Amrul Anuar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved