Dr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul dengan sekali lafaz

1 Nov 2026 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul dengan sekali lafaz
Dr Fie selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Kapten Amrul.

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Kapten Amrul Nizar Anuar.

Menerusi perkongsian di sesi siaran langsung di TikTok, pasangan yang sama cantik sama padan berbusana putih itu selamat diijabkabulkan pada jam 10 pagi.

Dr Fie dan Amrul selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz dan dalam majlis tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan ini menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved