
Usahawan dan personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Kapten Amrul Nizar Anuar.Menerusi perkongsian di sesi siaran langsung di TikTok, pasangan yang sama cantik sama pandan berbusana putih itu selamat diijabkabulkan pada jam 10 pagi.Dr Fie dan Amrul selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz dan dalam majlis tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan ini menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.Sumber: Siaran Langsung TikTok Dr Fie






