Aktivis, S. Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra mengesahkan dirinya kini telah memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah.
Perkara itu disahkan sendiri Cikgu Chandra menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di Facebook hari ini, susulan persoalan mengenai status agamanya selepas sebelum ini menyatakan hasrat untuk memeluk Islam.
Advertisement
“Betulkah Cikgu Chandra dah memeluk Islam? Kenyataan itu memang benar. Saya pun dah bersyahadah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah,” katanya.
Menurut Cikgu Chandra, dia kini sedang berjinak-jinak mendalami Islam termasuk membaca dan mengaji al-Quran.
Sehubungan itu, dia meminta orang ramai memberikan ruang dan panduan kepadanya untuk melalui fasa tersebut dengan tenang.
Pada masa sama, Cikgu Chandra berharap perubahan berkenaan dapat menjadikannya seorang individu yang lebih baik serta berakhlak mulia pada masa akan datang.
“Saya masih lagi baca al-Quran, mengaji al-Quran, berjinak-jinak. Berikan saya ruang untuk bertenang. Berikan saya panduan.
“Insya-Allah selepas ini mungkin korang akan nampak Cikgu Chandra yang lebih berakhlak mulia. Tak ada lagi istilah ‘kepala otak’ semua,” katanya.
Minta Ruang Untuk Selesaikan Urusan Peribadi
Dalam pada itu, Cikgu Chandra turut meminta orang ramai memberikannya ruang untuk menyelesaikan beberapa perkara peribadi termasuk masalah domestik dan kes mahkamah.
Beliau bagaimanapun memaklumkan akan bertemu dengan umat Islam, namun mahu mengambil tempoh kira-kira enam bulan untuk bertenang dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
“Bagi saya ruang untuk menyelesaikan masalah-masalah domestik, kes-kes mahkamah. Insya-Allah saya akan bertemu dengan umat-umat Islam.
“Mungkin dalam masa enam bulan ini, saya masih lagi dalam tempoh bertenang. Berikan saya ruang,” katanya.
Sebelum ini, pada 28 Ogos lalu, Cikgu Chandra dilaporkan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan memaklumkan lafaz syahadah sebagai saudara baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ketika itu, beliau turut memaklumkan sedang berjinak-jinak mengaji al-Quran selain memilih untuk tidak menghebahkan lebih lanjut perkembangan tersebut bagi melindungi diri dan keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Akak 'Kepala Hotak Kau' Bukan Staff Universiti Teknologi Malaysia, Pertimbang Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang
The post “Betul, Cikgu Chandra Dah Memeluk Islam” – Aktivis Sahkan Sudah Lafaz Dua Kalimah Syahadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![“Saya Dah Pun Bersyahadah” – Cikgu Chandra Sahkan Telah Peluk Islam [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Cikgu-Chandra-sahkan-dirinya-telah-peluk-Islam-1.jpg?t=1788514105)




