Biar Zii Jia buat keputusan – BAM

12 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Biar Zii Jia buat keputusan – BAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa membuka ‘pintu’ buat perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia sekiranya mahu kembali atau pun berlatih di bawah badan induk itu.

Bagaimanapun BAM mahu fokus kepada pembangunan persorangan sedia ada dan serah sepenuhnya kepada Zii Jia untuk membuat keputusan.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Zii Jia.

“Saya pun bincang dengan Datuk Seri Lee Chong Wei, sekarang dia di Amerika Syarikat, Tetapi terpulanglah kepada Lee Zii Jia, pada kita, kami fokus kepada perseorangan yang kita ada sekarang dan juga junior.

“Tidak ada pelan nak jumpa dengan Lee Zii Jia. Tidak ada respons (daripada Zii Jia). Berlatih bersama memang kita sudah buat keputusan, bukan saja untuk Lee Zii Jia tetapi untuk semua pemain ‘bebas’ lain, kita terbuka,” katanya.

Sebelum ini, Chong Wei yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM percaya Zii Jia mampu tampil lebih baik sekiranya berlatih di bawah badan induk badminton negara.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul menjelaskan pihaknya bersedia untuk mencari peruntukan bagi menyediakan ganjaran kepada pemain yang mampu menghadirkan pingat emas di Sukan Asia.

“Kita tengok kemampuan kita pada masa itu, tetapi belum ada apa-apa perbincangan. Namun ia idea yang bagus, kita akan lihat.

“Kita juga akan bercakap dengan penaja-penaja yang ada di BAM, biasanya dia akan bagi insentif,” katanya.

Malaysia belum pernah memenangi pingat emas di temasya itu sejak kejayaan pasangan lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di Doha 2006. – KOSMO! ONLINE

The post Biar Zii Jia buat keputusan – BAM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved