
NILAI: Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sunyi tanpa pemimpin utama dan calon.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya terdapat petugas Bersatu yang berkumpul di BGU di Jalan Nilai Square, Bandar Baru Nilai, di sini hari ini.
Bersatu bertanding di sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan hari ini.
Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.
Bersatu mengambil keputusan untuk bertanding secara solo selepas Perikatan Nasional (PN) menjalinkan pakatan pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN). – UTUSAN
The post Bilik gerakan Bersatu sunyi appeared first on Utusan Malaysia.






