Black Maria rempuh pejalan kaki: Pemandu lori imigresen didakwa sebabkan kematian tiga beranak

20 Aug 2026 • 2:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Black Maria rempuh pejalan kaki: Pemandu lori imigresen didakwa sebabkan kematian tiga beranak

Pemandu lori Black Maria milik Jabatan Imigresen (JIM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail.

KUALA LUMPUR: Pemandu lori Black Maria milik Jabatan Imigresen (JIM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.

Mohd Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa memandu lori Isuzu Black Maria dengan berbahaya dan telah menyebabkan kematian Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, serta dua anak perempuannya Siti Norshazlin, 24, dan Siti Darwisyah Auni, 12,  di Jalan Sultan Ismail pada 1 pagi 19 Ogos.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd Akbar didakwa memandu kenderaan itu tanpa kecermatan serta perhatian sepatutnya sehingga menyebabkan kecederaan kepada isteri Shaik Mohd Firdaus, Nor Hayati Rozali, 55, di lokasi, masa dan pada tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta boleh dikenakan hukuman penjara hingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa gagal mematuhi isyarat lalu lintas dengan melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Sultan Ismail pada masa serta tarikh sama dan dituduh mengikut Seksyen 79(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM2,000.

Timbalan Pendakwa Raya Syajaratudur Abd Rahman mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved