
TAWAU: Sebuah blok menempatkan sembilan pintu rumah pekerja di Jalan Pengkalan Kalabakan, kira-kira 91 kilometer dari sini, hangus terbakar dalam kejadian sekitar jam 2.50 petang Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, sepasukan tujuh anggota dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.01 petang.
AdvertisementMenurutnya, 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan tiba di lokasi pada jam 3.10 minit, manakala pasukannya tiba pada jam 4.40 petang atas faktor jarak.
“Kebakaran itu memusnahkan sepenuhnya satu blok rumah pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 40 x 80 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Terdahulu, beliau berkata operasi pemadaman dijalankan oleh PBS Kalabakan menggunakan sumber air terbuka dari kolam dengan pam angkut, manakala pasukannya membuat tindakan “overhaul” serta mengambil maklumat.
Jemishin berkata, operasi terkawal pada jam 5.09 petang sebelum ditamatkan pada jam 5.47 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambahnya, tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Operasi tersebut turut dibantu 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


