
LAHAD DATU: Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang cuba terjun dari tingkat satu bangunan di kawasan bandar, di sini, pada Selasa malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian pukul 8.11 malam.
Katanya, sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki kenderaan bomba dan EMRS.
“Sebaik tiba, pasukan melaporkan bahawa seorang remaja cuba terjun dan berdiri di tepi bangunan tingkat satu.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Pasukan berjaya menghalang perbuatan itu dan menyelamatkan gadis itu. Dia kemudian diserahkan kepada Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumsoa menambah pasukan itu menamatkan operasi jam 8.51 malam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





