Bomba usung lelaki seberat 110kg cedera ketika mendaki bukit

1 Jun 2026 • 11:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba usung lelaki seberat 110kg cedera ketika mendaki bukit
Bomba berjaya membawa turun seorang lelaki yang cedera ketika aktiviti mendaki di atas bukit di Air Terjun Jeram Perlus. Foto: BOMBA SELANGOR
Image from: Bomba usung lelaki seberat 110kg cedera ketika mendaki bukit
Bomba berjaya membawa turun seorang lelaki yang cedera ketika aktiviti mendaki di atas bukit di Air Terjun Jeram Perlus.

AMPANG - Seorang lelaki terpaksa diusung turun dari atas bukit di Air Terjun Jeram Perlus, Hulu Langat di sini kerana cedera disyaki patah kaki kiri semasa aktiviti pendakian pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn serta BBP Ampang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.58 tengah hari.

Menurutnya, anggota operasi yang tiba di lokasi menerima maklumat menyatakan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun cedera di kaki dan tidak boleh berjalan.

"Jarak masa kira-kira satu hingga dua jam perjalanan dari Pos Kawalan Bomba (PKB) untuk sampai ke lokasi mangsa.

**media[3537188]**

"Mangsa dengan berat anggaran 100 hingga 110 kilogram tidak boleh berjalan atau dipapah selepas tergelincir serta terjatuh.

Tambahnya, anggota operasi bertindak mendaki ke air terjun tersebut dan menemui mangsa dalam jarak lapan kilomter dari PKB.

Katanya, keadaan mangsa disyaki patah kaki kiri dan cedera pada kaki kanan.

"Anggota terpaksa membawa mangsa menggunakan pengusung," ujarnya.

Beliau berkata, anggota bertindak memakaikan 'lower limp' pada kaki mangsa dan membawanya dengan menggunakan sked straicher ke bawah sebelum diserahkan pada pihak ambulans.

"Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 9 pagi, Isnin sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," ujarnya.